Tahap Amalan Ibadah Terhadap Penghayatan Nilai Pendidikan Islam Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar

Authors

  • NUR AFIFAH BINTI SAHARUDIN Politeknik Ungku Omar Author

Abstract

Perubahan sosial dan pengaruh teknologi digital telah mempengaruhi tahap penghayatan nilai Islam dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi, khususnya aspek ibadah yang menjadi tunjang pembentukan sahsiah Muslim. Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap amalan ibadah terhadap penghayatan nilai Pendidikan Islam dalam kalangan pelajar Politeknik Ungku Omar serta menganalisis perbezaan tahap amalan ibadah berdasarkan jantina dan lokasi kediaman. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif yang melibatkan 338 orang pelajar Muslim sebagai responden yang dipilih secara rawak mudah. Instrumen soal selidik mengandungi item berkaitan ibadah solat, puasa dan zakat serta data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan SPSS. Dapatan menunjukkan tahap amalan solat dan puasa pelajar adalah tinggi dengan min keseluruhan ialah 4.15 (SD=0.29) dan 4.16 (SD=0.36). Namun, masih terdapat pelajar yang tidak menunaikan solat di awal waktu dan pernah ponteng puasa. Manakala kesedaran terhadap zakat yang menunjukkan min 4.49 (SD=0.49), tetapi pemahaman mengenai kadar zakat harta menunjukkan min 4.24 (SD=0.71) kerana pada usia ini mereka tidak menanggung komitmen sebagai pembayar zakat. Selain itu, ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dari aspek jantina dengan nilai t = 0.100  dan p = 0.921 manakala tiada perbezaan yang signifikan bagi lokasi kediaman iaitu nilai t = 0.600 dan p = 0.549  terhadap tahap amalan ibadah. Oleh hal yang demikian, kajian ini memberi impak kepada pihak institusi untuk memperkukuh pelaksanaan program pendidikan Islam secara bersepadu melalui aktiviti praktikal seperti bengkel tazkiyyah al-nafs, perkhemahan ibadah dan pendedahan ilmu falak serta aktiviti halaqah ilmu dan penglibatan bersama komuniti dalam kalangan pelajar tanpa mengira latar belakang demografi.
Kata Kunci:  Pengamalan Ibadah, Penghayatan Nilai Islam, Akhlak Pelajar, Pendidikan Islam

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

17.11.2025

How to Cite

Tahap Amalan Ibadah Terhadap Penghayatan Nilai Pendidikan Islam Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar. (2025). Journal of STEM and Education, 5(1). https://journalstem.net/ojs/index.php/pkb/article/view/88