Keberkesanan Jurnal STEM Dan Pendidikan Dalam Talian Berasaskan Sistem Jurnal Terbuka
Abstract
Kajian ini menganalisis penggunaan OJS dalam konteks penerbitan ilmiah moden. OJS, diperkenalkan oleh Public Knowledge Project (PKP), telah membuka peluang akses terbuka kepada jurnal ilmiah dengan cara yang belum pernah terjadi sebelum ini. Tinjauan literatur ini mengumpulkan dan menganalisis sepuluh kajian yang terpilih, yang merangkumi aspek seperti kelebihan penggunaan OJS dalam meningkatkan aksesibiliti artikel ilmiah, peningkatan komasi dalam proses penerbitan, serta cabaran teknikal yang dihadapi oleh pengguna. Data diperolehi daripada daaa sekunder dan tinjauan soal selidik. Kemudian data ini di proses menggunakan perisian SPPS. Dengan itu, kajian ini menyediakan landasan penting untuk pengembangan dan penggunaan lebih lanjut OJS dalam konteks penerbitan ilmiah masa kini dan akan datang. Dapatan kajian menunjukkan Journalstem & Education (JSE) ini mendapat sambutan peringkat antarabangsa. Antara negara yang melawat OJS JSE ini antaranya Amerika Syarikat, Indonisia, Kanada, China dengan bilangan kunjugan 1631, 1455, 204, 57 kali kunjugan. Populariti menunjukkan trend semakin menaik sehingga mencapai 160 pandangan.