Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kekerapan Penggunaan Aplikasi Dikuasakan / Dibantu Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) Dalam Kalangan Pelajar DIT & DDT Di JTMK Dan Pelajar Asasi TVET Di JMSK Di Politeknik Ungku Omar: Satu Kajian Tinjauan
Abstract
Kecerdasan Buatan (AI) ialah keupayaan sistem komputer untuk meniru fungsi kognitif manusia seperti pembelajaran dan penyelesaian masalah. Ia banyak digunakan secara meluas pada masa kini dalam pelbagai aplikasi untuk tujuan-tujuan tertentu dan digunakan ramai orang termasuklah para pelajar. Kajian tinjauan ini dijalankan menggunakan soal selidik secara atas talian. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar mengenai Kecerdasan Buatan (AI) dan aplikasi dikuasakan / dibantu AI dan mengenal pasti tahap kekerapan penggunaan aplikasi dikuasakan / dibantu AI dalam kalangan pelajar DIT (Diploma in Information Technology) dan DDT (Diploma in Digital Technology) di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) dan para pelajar Asasi TVET di Jabatan Matematik & Sains Komputer (JMSK) di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Kesemua responden ini adalah pelajar Sesi II 2023/2024. Hasil dapatan menunjukkan lebih 80% pelajar tahu mengenai Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dan aplikasi dikuasakan / dibantu AI untuk kedua-dua skala (sangat setuju dan setuju) dan juga didapati lebih 80% pelajar kerap menggunakan pelbagai jenis aplikasi dikuasakan / dibantu AI untuk ketiga-tiga skala penggunaan.