Persepsi Pelajar : Mudah Guna Dan Kebergunaan Laman Web Politeknik

Authors

  • Roslezayti Ajeh Politeknik Kota Bharu Author

Abstract

ABSTRAK

Penggunaan laman web dalam sesebuah organisasi membantu menyediakan sistem penyampaian dan perkhidmatan yang lebih cekap dan cepat. Kajian ini memfokuskan kepada persepsi kebergunaan dan mudah guna laman web rasmi unit Keusahawanan (I - Usahawan) dalam kalangan pelajar di Politeknik Kota Bharu.Kajian berbentuk kuantitatif  telah dilaksanakan ke atas 153 orang responden terdiri daripada pelajar semester satu daripada Jabatan Perdagangan,Jabatan Kejuruteraan Elektrik,Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, dan Jabatan Kejuruteraan Awam  di Politeknik Kota Bharu. Hasil kajian mendapati, pelajar  bersetuju bahawa kebergunaan dan mudah guna sesuatu laman web memberi impak yang sangat positif kepada kepuasan pengguna dan penerimaannya. Laman web juga banyak membantu mereka untuk mendapat maklumat, berinteraksi dan meningkatkan pengetahuan tentang aktiviti serta program Keusahawanan di sesebuah institusi pengajian mereka. Kajian ini memberi implikasi kepada kepentingan laman web walau pun pada masa kini, terdapat pelbagai media baharu dan media sosial yang menjadi platform untuk menyampaikan maklumat dalam sesebuah institusi pengajian.  

(Kata kunci :Mudah guna, kebergunaan, pelajar,web)

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

10.09.2024

Issue

Section

Articles

Categories

How to Cite

Persepsi Pelajar : Mudah Guna Dan Kebergunaan Laman Web Politeknik. (2024). Journal of STEM and Education, 4(1), 58-67. https://journalstem.net/ojs/index.php/pkb/article/view/40