Persepsi Dan Pencapaian Sebenar PelajarKursus Aplikasi Komputer Di Kalangan PelajarPoliteknik Kota Bharu

Authors

  • Hartini Hardono Politeknik Kota Bharu Author
  • Ira Fazlin Mohd Fauzi Politeknik Kota Bharu Author
  • Nik Mohd Hafiz Abdul Razak Politeknik Kota Bharu Author

Keywords:

Aplikasi Komputer, persepsi tahap kemahiran, pencapaian sebenar, perisian aplikasi

Abstract

Perisian aplikasi seperti Ms Word, Ms Excel dan Ms Powerpoint merupakan aplikasi asas dalam perisian komputer. Sebagai pendidik, adalah wajar untuk mengetahui secara jelas tahap kemahiran pelajar ini agar tidak mempunyai pelbagai tanggapan dan persepsi berbeza terhadap tahap kemahiran pelajar-pelajar dalam penggunaan perisian aplikasi ini. Untuk itu, kajian ini dijalankan bagi melihat perbandingan antara persepsi tahap kemahiran dengan pencapaian sebenar pelajar dalam menggunakan perisian aplikasi seperti Ms Word, Ms Excel dan Ms Powerpoint.. Seramai 136 orang pelajar di Politeknik Kota Bharu yang mengikuti kursus Aplikasi Komputer dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Perdagangan telah dipilih untuk menjawab soalan kajiselidik berkaitan persepsi tahap kemahiran pelajar dalam Ms Word, Ms Excel dan Ms Powerpoint. Dalam menguji perbandingan ini hasil analisis soalan soalselidik dan penilaian Labwork telah digunakan untuk membuat perbandingan signifikan dengan menggunakan analisa T-Test dan ANOVA sehala. Hasil dapatan menunjukkan terdapatnya perbandingan yang signifikan bagi pelajar dalam menggunakan Ms Powerpoint. Disamping itu hubungkait antara pembolehubah juga diuji dengan menggunakan analisa Correlation Pearson dan hasil dapatan menunjukkan terdapat hubungan positif yang lemah antara persepsi tahap kemahiran dan penilaian sebenar dalam Labwork. Oleh itu, pensyarah memainkan peranan yang penting dengan memberi teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar sebagai persediaan dalam menempuh alam pekerjaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01.11.2023

Issue

Section

Articles

Categories

How to Cite

Persepsi Dan Pencapaian Sebenar PelajarKursus Aplikasi Komputer Di Kalangan PelajarPoliteknik Kota Bharu. (2023). Journal of STEM and Education, 3(1), 36-46. https://journalstem.net/ojs/index.php/pkb/article/view/30