Keberkesanan Penggunaan Laman Web Sebagai Pelantar Pengajaran Dan Pembelajaran Ko-Kurikulum
Keywords:
Laman web, kokurikulum, APM, PISPA.Abstract
Kajian ini menilai keberkesanan laman web (Pasukann Istitusi Pertahanan Awam, (PISPA) Politeknik Kota Bharu dalam menyokong pengurusan dan penyampaian maklumat berkaitan aktiviti ko-kurikulum. Melalui analisis soal selidik terhadap 45 pelajar serta pemerhatian terhadap statistik penggunaan laman, didapati laman ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan akses maklumat. Keputusan menunjukkan 87% pelajar bersetuju laman ini memudahkan urusan mereka. Kajian ini memberikan cadangan penambahbaikan berdasarkan dapatan untuk meningkatkan lagi kualiti penggunaan laman web.

