Kajian Hubungan Pencapaian Penilaian Kerja Kursus‘Presentation’ Bagi Kursus Engineering Mathematics 2 Terhadap Hubungan Amalan Komunikasi, Kolaboratif, Kreativiti Dan Pemikiran Kritis Di Politeknik Kota Bharu
Keywords:
Komunikasi, kolaboratif, kreativiti, pemikiran kritis, Engineering Mathematics2Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai hubungan amalan komunikasi, kolaboratif, kreativiti dan pemikiran kritis para pelajar dalam pelaksanaan penilaian kerja kursus ‘Presentation’ bagi kursus Engineering Mathematics2. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenalpasti adakah amalan komunikasi, kolaboratif, kreativiti dan pemikiran kritis mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus Engineering Mathematics 2 (DBM 20023) di Politeknik Kota Bharu. Soal selidik (google form) telah digunakan sebagai instrumen kajian. Sampel untuk kajian ini terdiri daripada 113 orang pelajar yang mengambil kursus Engineering Mathematics2 di Politeknik Kota Bharu pada sesi 1 2022/2023. Analisis min, sisihan piawai dan pekali korelasi digunakan untuk melaporkan dapatan kajian dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0. Hasil kajian didapati min keseluruhan tahap amalan (Komunikasi = 4.75), (Kolaborasi = 4.68), (Kreativiti = 4.53) dan (Pemikiran kritis = 4.53) yang telah dipraktikkan oleh para pelajar berada pada tahap tinggi. Analisis ujian korelasi mendapati terdapat hubungan yang sangat baik aspek amalan komunikasi (r = 0.01, p = 0.920), amalan kreativiti (r =0.003, p = 0.979) dan amalan pemikiran kritis (r = -0.016, p = 0.869). Manakala hubungan yang lemah bagi aspek amalan kolaborasi (r = 0.188, p = 0.046). Ini membuktikan bahawa amalan komunikasi, kolaboratif, kreativiti dan pemikiran kritis mempunyai hubungan yang signifikan dan mempengaruhi pencapaian penilaian kerja kursus pelajar yang mengambil kursus Engineering Mathematics2.

