Kesan Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Atas Talian Terhadap Minat Dan Sikap Pelajar Bagi Kursus DBM 30043 Politeknik Kota Bharu

Authors

  • Nazihah Che Rozan Politeknik Kota Bharu Author
  • Wan Izyani Wan Jusoh Politeknik Kota Bharu Author

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran secara atas talian atau e-pembelajaran merupakan satu kelaziman baru yang tidak asing lagi dalam bidang pendidikan. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kesan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian terhadap sikap dan minat pelajar terutama bagi pelajar kursus Electrical Engineering Mathematics (DBM30043) di Politeknik Kota Bharu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif sepenuhnya. Seramai 53 orang responden yang terdiri daripada pelajar tiga program iaitu DEP, DET dan DEE yang mendaftar kursus DBM30043 telah menjawab soal selidik yang diedarkan melalui Aplikasi WhatsApp. Data telah dianalisis menggunakan Microsoft Excel. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa kesan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian terhadap sikap pelajar berada pada tahap sederhana (min = 3.406). Manakala, kesan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian bagi minat pelajar juga berada pada tahap tinggi (min = 3.693). Nilai min keseluruhan bagi kajian ini adalah 3.549. Ini menunjukkan kesan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian terhadap minat dan sikap pelajar adalah sederhana. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran secara atas talian masih relevan dan boleh dilaksanakan secara hibrid bersama pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka bagi memastikan hasil pembelajaran kursus dapat dicapai.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01.11.2023

How to Cite

Kesan Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Atas Talian Terhadap Minat Dan Sikap Pelajar Bagi Kursus DBM 30043 Politeknik Kota Bharu. (2023). Journal of STEM and Education, 3(1), 1-12. https://journalstem.net/ojs/index.php/pkb/article/view/27