Keberkesanan Program Kepimpinan Muda YADIM Dalam Membentuk Kepimpinan Dakwah Belia: Suatu Tinjauan Empirikal Terhadap Alumni 2016–2023

Authors

  • Mohd Rosdi Ripin Author

Abstract

Abstrak. Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan Program Kepimpinan Muda (KEMUDA) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam membentuk kepimpinan belia berteraskan nilai-nilai dakwah Islam. Kajian melibatkan alumni program bagi tempoh tahun 2016 hingga 2023 yang merangkumi tiga segmen utama, iaitu Rakan Siswa YADIM, Rakan Remaja YADIM dan Rakan Belia YADIM. Lima dimensi utama keberkesanan program dianalisis, iaitu: pengukuhan fardu ain dan ibadah asas, kepimpinan Islam, kemahiran dakwah, kemahiran pengurusan dan organisasi, serta ketampakan sosial. Pendekatan kajian kuantitatif telah digunakan dengan pengumpulan data melalui borang soal selidik yang dijawab oleh 445 orang alumni. Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi bagi kesemua aspek dalaman, khususnya dalam aspek kepimpinan Islam (Min = 4.54) dan kemahiran pengurusan organisasi (Min = 4.50), manakala aspek ketampakan sosial berada pada tahap sederhana (Min = 3.11). Ujian korelasi Spearman’s Rho pula menunjukkan hubungan yang sangat kuat antara kemahiran dakwah dengan elemen kepimpinan Islam (r = .850) dan kemahiran pengurusan (r = .806). Kajian ini menggunakan data daripada laporan dalaman YADIM yang masih dalam proses dokumentasi rasmi. Penyelidik terlibat secara langsung dalam pelaksanaan aktiviti yang dianjurkan oleh KEMUDA dan menjalankan penilaian impak program berdasarkan data sedia ada yang diperoleh dengan kebenaran daripada pihak YADIM.


Keywords: KEMUDA, kepimpinan belia, kemahiran dakwah, ketampakan social

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

17.11.2025

How to Cite

Keberkesanan Program Kepimpinan Muda YADIM Dalam Membentuk Kepimpinan Dakwah Belia: Suatu Tinjauan Empirikal Terhadap Alumni 2016–2023. (2025). Journal of STEM and Education, 5(1). https://journalstem.net/ojs/index.php/pkb/article/view/103