Pembiakan Bawang Merah Secara Belahan

Authors

  • Mohd Sumazlin Mahamed Mr Author

Abstract

Bawang merah merupakan bahan asas penting dalam pelbagai jenis masakan, khususnya dalam hidangan Asia. Di Malaysia, varieti bawang merah kecil lebih mendapat permintaan berbanding bawang besar kerana aromanya yang kuat dan rasanya yang lebih menyengat. Namun begitu, bekalan bawang merah negara masih bergantung sepenuhnya kepada import dari negara seperti India, Pakistan, China dan Myanmar, sekali gus menjadikan rantaian bekalan terdedah kepada risiko gangguan luaran. Justeru, usaha pembiakan dan penanaman bawang merah secara tempatan amat penting bagi mengurangkan kebergantungan ini. Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan tiga kaedah pembiakan bawang merah (Allium ascalonicum) iaitu melalui penanaman sebiji (1/1), belahan dua (1/2) dan belahan empat (1/4). Ia dinilai berdasarkan kadar hidup, bilangan cabang, jumlah rumpun dan kadar pertumbuhan pokok. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah sebiji merupakan kaedah yang paling berkesan dari segi kadar kehidupan dan pertumbuhan vegetatif, dengan menunjukkan pertumbuhan pokok yang paling tinggi dan konsisten sepanjang tempoh pemerhatian. Kaedah belahan dua pula menunjukkan prestasi sederhana, namun sesuai bagi tujuan penggandaan benih. Sebaliknya, kaedah belahan empat didapati kurang sesuai disebabkan kadar pertumbuhan dan kelangsungan hidup yang rendah. Dapatan ini menunjukkan bahawa penggunaan bawang secara sebiji lebih berpotensi menyokong penghasilan bawang merah secara tempatan, terutamanya dalam konteks meningkatkan kecekapan pertanian dan sekuriti makanan negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30.11.2025

How to Cite