Pengaruh Penggunaan Media Sosial Terhadap Prestasi Akademik Dalam Kalangan Pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu

Authors

  • MORIZA FIKRI MORIZA Author

Abstract

Teknologi komunikasi telah mengalami kemajuan yang pesat dan memberi impak besar dalam kehidupan seharian kita.  Kini dunia telah menyaksikan evolusi kepada teknologi komunikasi yang lebih canggih dan efisien. Ia menghubungkan berjuta-juta orang di seluruh dunia dan memungkinkan pertukaran maklumat dalam sekelip mata. Kebanyakan organisasi menggunakan medium ini sebagai alat termudah untuk perkembangan mereka ke tahap yang lebih tinggi.  Media sosial seperti rangkaian di laman web adalah inovasi teknologi yang tidak boleh diabaikan lagi terutamanya di institusi pendidikan.  Fokus kajian ini adalah mengenai hubungan antara media sosial dan prestasi akademik dalam kalangan pelajar. Objektif yang terlibat dalam kajian ini adalah jenis-jenis media sosial yang paling popular, tujuan utama penggunaan media sosial dan kesannya terhadap prestasi akademik. Untuk mencapai objektif, metodologi yang terlibat adalah aplikasi Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Pengumpulan data tersebut disasarkan kepada pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu yang terdiri daripada 250 orang pelajar Semester Lima Program Diploma Akauntansi (DAT), Diploma Pengajian Perniagaan (DPM), Diploma Pemasaran (DPR) dan Diploma Insurans (DIN).  Penemuan kajian ini mendapati bahawa media sosial (Facebook dan Whatsapp) sangat penting di dalam mendapat maklumat untuk pembelajaran, membantu pelajar untuk berkomunikasi antara satu sama lain dalam pertukaran pandangan dan dapat menjimatkan masa serta kos. Penggunaan media sosial secara berhemah juga dapat meningkatkan keterlibatan pelajar dalam proses pembelajaran dan menyokong prestasi akademik mereka.

Katakunci: Sosial Media, Teknologi, Komunikasi, Penggunaan, Prestasi Akademik

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30.11.2025

How to Cite

Pengaruh Penggunaan Media Sosial Terhadap Prestasi Akademik Dalam Kalangan Pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu. (2025). Journal of STEM and Education, 5(2). http://journalstem.net/ojs/index.php/pkb/article/view/63