Keberkesanan Aplikasi Paut Terhadap Pengurusan Permohonan Dan Pengambilan Pelajar Baharu Di Kolej Komuniti

Authors

  • Mohd Nazaruddin Hanapiah Kolej Komuniti Selayang Author
  • Armma Hashim Kolej Komuniti Selayang Author

Abstract

Kajian ini berfokuskan kepada aspek pengurusan permohonan dan pengambilan pelajar baharu. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan aplikasi mudah alih “PAUT” dalam proses permohonan pendaftaran pelajar baharu sesi 2 2023/2024 di Kolej Komuniti Selayang. Internet of Things (IoT) merupakan jaringan benda fizikal yang dilengkapi penggerak, perisian dan teknologi lain yang bertujuan untuk menyambungkan dan bertukar data melalui aplikasi pengkomputeran awan dalam memudahkan urusan harian pengguna. Dalam erti lain ia merupakan penggabungan proses kerja secara konvensional dengan teknologi terkini untuk memudahkan proses pelaksanaan tugas, cara berkomunikasi dan penggunaan data masa nyata. Aplikasi Linktree merupakan suatu aplikasi yang menjadi alternatif yang digunakan secara optimal di masa kini seperti yang yang dijelaskan Zaccaria (2020). Data kajian ini diperolehi secara kuantitatif melalui kaedah soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada 86 orang responden yang terdiri dari kalangan pelajar baharu yang telah mendaftar pada ambilan sesi 2. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif untuk menilai persepsi pengguna terhadap keberkesanan aplikasi mudah alih “PAUT” yang telah dibangunkan. Data bagi kajian ini dianalisis menggunakan peratusan skor. Dapatan kajian menunjukkan peratusan purata skor bagi kesemua item kepuasan penggunaan “PAUT” berada pada tahap tinggi iaitu 86.82%. Dapatan kajian juga menunjukkan aplikasi ini merupakan satu inovasi yang menjadi platform untuk mengakses maklumat dengan cepat, menyumbang kepada peratusan skor tertinggi iaitu 87.67%. Hasil kajian mendapati keberkesanan aplikasi ini terhadap pengurusan pengambilan menunjukkan responden bersetuju terhadap penggunaan aplikasi ini. Kajian juga mendapati penggunaan aplikasi ini terhadap pengurusan pengambilan adalah sangat baik dan memuaskan pengguna. Secara keseluruhan didapati aplikasi ini merupakan platform alternatif yang dapat membantu menyalurkan maklumat secara ringkas dan mudah digunakan seperti dalam penyampaian maklumat serta bantuan menjawab pelbagai persoalan pelajar dalam memastikan kelancaran sepanjang proses permohonan pelajar baharu di Kolej Komuniti Selayang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

10.09.2024

Issue

Section

Articles

Categories

How to Cite

Keberkesanan Aplikasi Paut Terhadap Pengurusan Permohonan Dan Pengambilan Pelajar Baharu Di Kolej Komuniti. (2024). Journal of STEM and Education, 4(1), 81-90. http://journalstem.net/ojs/index.php/pkb/article/view/35