Persepsi Pelajar Terhadap Perlaksanaan Program “Peer Mentoring” Untuk Matapelajaran Matematik Kejuruteraan 1 Dan Sains Kejuruteraan

Authors

  • Aryana Syafiqah Abdullah Universiti Teknologi MARA Author
  • Mohd Faizal Ismail Author

Keywords:

Persepsi, peer mentoring, engineering mathematics, perlaksanaan, komunikasi

Abstract

Peer Mentoring merupakan teknik pembelajaran yang mewujudkan interaksi yang melibatkan mentor, mentee dan fasilitator. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap program Peer Mentoring bagi kursus Matematik Kejuruteraan I dan Sains Kejuruteraan. Program Peer Mentoring ini dapat membantu pelajar yang lemah dalam menguasai matapelajaran Matematik Kejuruteraan I dan Sains Kejuruteraan. Reka bentuk tinjauan deskriptif digunakan untuk kajian ini. Instumen utama yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik secara atas talian menggunakan Google Form. Saiz sampel untuk kajian ini terdiri daripada pelajar Politeknik Kota Bharu yang dipilih untuk mengikuti program Peer Mentoring. Sampel kajian melibatkan seramai 70 orang pelajar yang dipilih daripada 8 program. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif analisis seperti min, sisihan piawai dan peratusan untuk mengenal pasti persepsi pelajar
terhadap program Peer Mentoring. Selain itu, kajian ini juga menggunakan korelasi Pearson untuk melihat hubungan diantara jantina dan persepsi terhadap program Peer Mentoring. Hasil kajian ini mendapati bahawa tiada hubungan antara jantina dan persepsi pelajar. Melalui kajian ini, pelajar menunjukkan persepsi yang positif dan menunjukkan minat untuk mengikuti program ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01.09.2021

Issue

Section

Articles

Categories

How to Cite

Persepsi Pelajar Terhadap Perlaksanaan Program “Peer Mentoring” Untuk Matapelajaran Matematik Kejuruteraan 1 Dan Sains Kejuruteraan. (2021). Journal of STEM and Education, 1(1), 58-66. http://journalstem.net/ojs/index.php/pkb/article/view/23