Kajian Keberkesanan Smart Shovel

Authors

  • Fadhlan Abdul Hadi Politeknik Kota Bharu Author
  • Wan Yuswadi Wan Yaacob Politeknik Kota Bharu Author

Keywords:

Pencedok, smart shovel, ergonomik

Abstract

Pencedok adalah merupakan alatan tangan yang digunakan oleh pekerja buruh dan pekebun. Inovasi yang telah dilakukan adalah dengan membuat penambaikan pada pencedok biasa iaitu dengan membuat penyelarasan pada alat dan tempat pemijak bagi memudahkan proses kerja dilakukan oleh pengguna. Inovasi ini dilakukan bertujuan bagi mengatasi masalah pencedok yang tidak mesra pengguna dan masalah sakit tulang belakang apabila membongkok semasa melakukan kerja mencungkil tanah, mengaut tanah, menggaul simen dan sebagainya. Bagi mengatasi masalah tersebut terdapat beberapa
kaedah metodologi yang dilakukan iaitu merekabentuk sebuah model, menguji kebolehkerjaan model dan menemubual atau membuat borang kaji selidik kepada pekerja kebersihan dan pekebun di Politeknik Kota Bharu. Hasilnya inovasi smart shovel ini dapat direkabentuk dan menjadi satu alat untuk semua pekerja buruh binaan dan pekebun yang dapat mengurangkan masalah ergonomik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01.09.2021

Issue

Section

Articles

Categories

How to Cite

Kajian Keberkesanan Smart Shovel. (2021). Journal of STEM and Education, 1(1), 38-48. http://journalstem.net/ojs/index.php/pkb/article/view/19