Interpolasi Lengkung Bezier Kuadratik

Authors

  • Khadijah Nasuha Che Halipa Universiti Kebangsaan Malaysia Author
  • Anisah binti Jawawi Politeknik Kota Bharu Author

Keywords:

Matematik, kaedah berangka, interpolasi, lengkung Bezier, titik kawalan, persamaan

Abstract

Dalam bidang matematik khususnya kaedah berangka, interpolasi adalah suatu kaedah yang digunakan untuk membina titik data yang baharu dalam julat set diskret yang diketahui titik datanya. Dengan menggunakan interpolasi lengkung kuadratik, masalah interpolasi lengkung Bezier dalam fon komputer dapat diselesaikan. Aplikasi lengkung Bezier dalam bidang fon komputer akan dikaji menggunakan lengkung komposit kuadratik. Lengkung Bezier kuadratik merupakan suatu lengkung yang terbentuk berdasarkan ketiga-tiga titik kawalannya. Dengan menentukan titik kawalan, lengkung licin dapat dihasilkan. Oleh yang demikian, persamaan parametrik diperolehi berdasarkan titik kawalan yang telah ditentukan. Dengan menggunakan formula yang dinyatakan di bahagian kaedah kajian, persamaan parametrik akan dihasilkan. Seterusnya dengan memplot nilai persamaan parametrik, lengkung Bezier kuadratik akan diperolehi. Bagi menilai sesuatu lengkungan, kelicinan lengkung tersebut diperhatikan. Di dalam kajian ini, huruf ‘s’ akan diperolehi dengan menggunakan lengkung Bezier kuadratik komposit. Didapati bahawa kelicinan lengkung Bezier ini bergantung terhadap bilangan titik kawalan. Semakin tinggi bilangan titik kawalan, semakin licin lengkungan yang dihasilkan. Dengan menggunakan tiga titik kawalan yang telah ditentukan, lengkung Bezier komposit dapat dihasilkan

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01.09.2021

Issue

Section

Articles

Categories

How to Cite

Interpolasi Lengkung Bezier Kuadratik. (2021). Journal of STEM and Education, 1(1), 94 - 99. http://journalstem.net/ojs/index.php/pkb/article/view/17